Kebanyakan pengguna kereta yang tidak mempunyai ilmu yang mendalam tentang isu prestasi kereta, akan melakukan tuduhan yang tidak berasas kepada peminat kereta.

Khususnya pada bahagian rim tayar. Terdapat sebahagian besar peminat kereta akan melakukan pengubahsuaian rim tayar terlebih dahulu, sebelum bahagian-bahagian kereta yang lain.
Terdapat 2 kelebihan apabila kita menggunakan sport rim iaitu:
- Kenderaan selamat di jalan raya – Kereta yang menggunakan sport rim berada dalam keadaan lebih seimbang. Justeru itu, ia meningkatkan keyakinan pemandu untuk memandu dengan lebih laju.
- Mengurangkan risiko ketika di selekoh tajam – Tayar yang lebar dapat menyelamatkan kita ketika memandu pada selekoh yang tajam. Kes-kes kemalangan jalan raya biasanya berlaku pada selekoh tajam.
Bagi yang berminat untuk pasang sport rim pada kereta, berikut adalah panduan untuk memilih sport rim kereta.
7 Tip Memilih Sport Rim Kereta
- Pilih sport rim yang bersesuaian dengan tayar. Ini bagi mengelakkan daripada sebarang kerosakan pada badan kereta, dan juga merosakkan bunga tayar.
- Pilih sport rim yang ringan. Kerana sport rim yang berat akan mengurangkan daya pecutan kereta. Dalam masa sama, ia akan memberikan kesan terhadap penggunaan petrol yang berlebihan.
- Pilih corak sport rim yang bersesuaian dengan reka bentuk kereta. Apabila tersilap pilih, ia akan mencacatkan rupa bentuk kereta kita secara keseluruhan.
- Dapatkan nasihat daripada pakar seperti pemilik kedai tayar sebelum membeli sport rim.
- Elakkan daripada membeli sport rim terpakai. Kerana dikhuatiri sudah mempunyai kerosakan seperti bengkok atau retak.
- Beli sport rim berjenama dan berkualiti tinggi seperti Volk TE37, JRD, Oz, dan sebagainya.
- Jangan beli sport rim jika tidak mampu – Jika kita kita tidak mempunyai peruntukan untuk mengubahsuai rim kereta, elakkan daripada membeli terlebih dahulu.
Ketujuh-tujuh tip di atas merupakan panduan yang boleh kita gunakan sebelum membeli sport rim kereta. Ia adalah himpunan daripada pelbagai sumber dan pengalaman pemilik kereta.

Beli sport rim kereta adalah berdasarkan keperluan dan kemampuan, bukan menurut nafsu semata-mata.



agak2 berape yek harga sport rim?
banyak bro.. yg bese 450 dh dpt.. ori bese la riban.. trpulang.. pkir longterm erk.. jgn pkir rugi.. cbe bygkn ..pkai sportrim berat.. mnyak btambah 5 hinggit..cntohnye.. 3 bln mcmtu bro.. umpama sbijik sportrim bru ori tau.. klo swap la.. heee
Bro, apa baik buruknya sport rim yg lebih besar? skrg ni saya guna rim 13″…terpikir nak angkat 14″….tp tauke kedai cakap untuk kereta saya (wira) lagi bagus pakai 15″ atau 16″…tauke tu cakap akan naikkan lagi ketinggian kereta sikit supaya tak sagat bawah kereta kat bonggol2 jalanan…thanks bro
smart mmg bro.. tp enjin klo stndard.. xplah..gne mne yg ade je.. 14 ke 15 mngkin ok ntuk 1.5.. sbb klo ori sportrim xpe. dpt china/taiwan dtg. berat bro.. mraung krete.. jhanem mnyak ooo..
salam admin…saya ada pertanyaan tentang apa itu jj dan offset?macam mana nak tahu berat sport rim?ada pada badan sport rim ke?
angkat jer.. amik yg agak npak biasa/cokia. angkat yg die ckp ori.. dpt rse tu.. hehe
haii semua,
saya pengguna kereta saga flx. saya tefikir nak tukar rim tetapi saya tdk pasti rim macam mana yang sesuai. bolehkan brother2 semua berikan cadangan? warna kereta saya saga Gold. nak minta tolong size rim berapa yang paling sesuai, color rim macam mana yang sesuai dengan warna kereta.
tq.:-)
bro sport rim biasanya adalah warne yg contra ataupun dull.. trplang kt bro klo bro nk npak garang atau ceria.. ntuk garang.. hitam la..exec n simple crom/silver/gold.. sportrim yg ade mangkuk/ offside.. trend skng warne striking.. trpulang kt bro..
Pingback: 7 Tip Memilih & Membeli Sport Rim Kereta